Modal

S: Berapakah yuran untuk medaftar sebagai dealer topup?
J:  RM35 dikenakan  sebagai yuran pendaftaran. RM10 akan dikembalikan ke dalam
      akaun dealer sebagai modal permulaan.

S: Adakah yuran secara bulanan atau tahunan dikenakan kepada Dealer?
J: Bayaran untuk mendaftar sebagai dealer dikenakan sekali sahaja dan TIADA  
     yuran secara bulanan atau tahunan dikenakan.

S: Berapa nilai minima untuk tujuan tambah modal?
J:  Minima tambah modal RM101. Maksima Tiada  had.

S: Mengapa nilai minima RM101 dan bukan RM100?
J:  Menurut peraturan syarikat, kesemua ahli perlu menambah modal dengan angka
     ganjil (contoh 101, 103, 105, 107, 109 & seterusnya) untuk memudah dan 
     mempercepatkan proses penambahan modal ke dalam akaun ahli. 
     Penambahan modal dengan angka genap seperti 100, 200, 300, 400 & seterusnya  
     TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Nilai seperti 110, 120, 130, 140 
     seterusnya juga tidak digalakkan dalam  penambahan modal.

S: Berapa lama proses penambahan modal ke dalam akaun ahli?
J:  Masa minima sekitar 30 - 60 minit. Cepat atau lambat proses penambahahan modal
     bergantung kepada banyak faktor antara:
     1. Kesilapan format dalam arahan sms tambah modal oleh ahli.
     2. Tidak menggunakan nilai unik.
     3. Gangguan bekalan elektrik yang boleh menyebabkan server topup gagal untuk 
         berfungsi.

S: Apa yang perlu dilakukan jika penambahan modal belum masuk ke dalam akaun
     dalam tempoh 30minit ?
J: Dealer/ejen DILARANG sama sekali membuat arahan sms tambah modal secara berganda
     (lebih drpd 1 kali) dalam tempoh 30 minit. Arahan sms tambah modal perlu 
     dihantar satu kali sahaja dalam tempoh 30 minit.  Jika modal masih belum dikreditkan 
     ke akaun dalam tempoh 30 minit ahli perlu menghubungi talian bantuan yang
     disediakan oleh pihak syarikat .
     Peringatan : Sekiranya dealer/ejen menjual topup kepada pelanggan, jangan 
                          tunggu  sehingga baki modal kosong dan pada masa yang sama 
                          baru terfikir untuk tambah modal kerana kelewatan proses 
                          tambah modal boleh berlaku bila-bila masa.