30 September 2015

Internet Burung Hantu

Walaupun nama yang diberi agak janggal untuk disebut (malahan lucu) tetapi  pada 20 september yang lepas Celcom telah melancarkan promosi terbaharu bagi pengguna plan Magic Sim iaitu Internet Burung Hantu Percuma. Internet berkelajuan tinggi ini hanya boleh diakses secara percuma bermula jam 1 pagi dan berakhir pada jam 7 pagi (1am-7pm)
setiap hari. Internet Burung Hantu Percuma hanya ditawarkan kepada pengguna Magic Sim yang melanggan pelan internet mingguan serta bulanan sahaja. Promosi adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

09 September 2015

Promosi Merdeka Xpax

Celcom xpax telah melancarkan promosi merdeka dengan memberi secara secara PERCUMA pek permulaan Magic SIM. Promosi yang bermula pada 31 ogos 2015 terbuka kepada semua warganegara  Malaysia dan bukan warganegara yang mempunyai alamat surat menyurat yang sah. Apa yang perlu dilakukan  untuk mendapat pek permulaan Magic SIM percuma adalah amat mudah iaitu dengan mengisi borang  atas talian dengan lengkap di www.xpax.com.my dan pek permulaan percuma tersebut akan dihantar ke alamat yang didaftar  dalam tempoh 10 hari waktu bekerja (2 minggu). Pengaktifan pek percuma Magic SIM dalam tempoh 24 jam melayakkan anda mendapat bonus 200Mb data serta 20minit/sms secara percuma dengan tempoh aktif selama 5 hari. Promosi berakhir pada 30 september 2015 dan tertakluk pada terma dan syarat.